Search This Blog

Pages

Tuesday, May 17, 2011

saat-saat mau exam~

Bismillahirrahmanirrahim….

Lagi 2 Hari Exam Oiii..Aku Banyak Habiskan Masa Depan Buku, Tapi Kenapa Rasa Macam Tak Yakin Nak Ambil Exam. Membaca Banyak Tak Semestinya Boleh Score. Semua Orang Cakap, Rajinnya Fairuz,Dasyatnya Fairuz, Pulun Gila Fairuz..Padahal Aku Baca Banyak Pon Bukan Aku Boleh Telan Semua. Hahaha.Tertipu Sudah!!..Aku Jeles Dengan Orang Yang Study Last Minit Dan Taklah Sepulun Aku.Tapi Dia Punya Pointer..Fuhh!! Mantop2 Kot. Diorang Skali Baca Da Dapat. Syukurlah.Aku Ni,Lain tak Macam Korang,Haha.Kalau Aku Buat Style Last Minit 2,Lingkuplah Aku Punya Result. Sebab Setiap Orang Lain Cara Study,Iq Pun Berbeza-Beza. Jangan Pandang Rendah Pada Orang Yang Study Last Minit Tau!!,Result Mereka Mungkin Lebih Gempaq Daripada Result Korang Yang Study Tungging Terbalik Siang Malam Tak Tido Lebam Bijik Mata.Hahaha..Study Smart Not Study Hard. Tapi Aku Kalau Tak Study Hard…Lingkuppp Lah Gamaknya

Aku Kadang-Kadang Terfikir Jugak, Aku Ni Belajar Xberkat Ke? Tak Kena Kat Mana?..Istighfar,Ya Allah Ampunkanlah Dosa Yang Sengaja Ataupun Tidak Sengaja Aku Lakukan. Kenapa Macam Susah Je Nak Score, Kadang-Kadang Aku Fikir,Mungkin Takat Tu Je Kot Rezeki Allah Nak Bagi. Mungkin Aku Tak Study Sekuat Orang Lain Yang Aku Tak Tau. Janji Usaha, Yang Len Serah Pada Allah. Sekiannnnnn…Doakan Moga Saya Dapat M;Jawab Dengan Mudah Dan Lancar Dannnnn Dapat Pointer Tinggi Sem Ni!!!...Aminnnnnnnn….

Thursday, May 12, 2011

Melly ft. Opic : takdir







Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidunp cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi

Wednesday, May 11, 2011

silent killer@ bunuh depan2...

Bismillahiraahmanirahim...syukur,alhamdulillah,selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad,kaum kerabat,sahabat-sahabat baginda serta tabi' tabi'in yang asbab mereka sampainya ajaran islam kepada kita.

Saje nak bercerita sikit. Tetiba rasa nak menulis. ye la kan, memang dari dulu aku suka menulis apa yang aku rasa.Ya,lebih selesa meluahkan sesuatu dengan uslub ni berbanding lisan.orang pendiam memang macam ni kot(orang cakap,tapi aku rasa ada betulnya). Apa-apa pun memang tak salah. Itu hak setiap individu,so,it up to you.Setiap orang ada cara tersendiri mengekspresikan perasaan,pendapat atau apa-apa yang bermain difikiran.Ada orang lebih suka *bagi cukup-cukup la la tu jugak* kalau tak berpuas hati dengan pandangan orang kan. Ada orang diam je,pastu mula lah nak bercakap kat belakang. Betul tak?(aku tau la,haha,,,aku penah buat) biasalah manusia mana leh lari dari semua benda tu kan?. Kau baik mana pun, takkan dapat lari dari benda ni.

So, which is better ha?...luahkan pastu orang sakit hati tapi awak rasa puas hati dan pastu awak da tak simpan masalah tu ATAU awak diam tapi awak rasa sakit hati pastu awak luahkan pulak ketidakpuasan hati awak dengan mengata kat belakang. dengan.hurm, looks likes there’s no differences right?. Setiap orang tak sama, bukan semua boleh terima kritikan secara direct. Yup,betol apa yang anda cakap, baik cakap terus terang depan dia, baru dia sedar,kita pon tak makan dalam kan? Tapi bagi yang susah dan paling tepat langsung tak boleh terima kritikan..memang sah-sah lepas tu,hubungan kita dengan dia akan berubah, memang akan bagi effect..hadoi, susah betoi,..kalau choice kedua pulak. AWAK DIAM TAPI AWAK RASA SAKIT HATI PASTU AWAK LUAHKAN PULAK KETIDAKPUASAN HATI AWAK DENGAN MENGATA KAT BELAKANG.Masalah memang takkan selesai pun kan? Yela, da hang tak bagitau apa yang tak kena dengan dia,bila nak settel. Tapi demi nak jaga hubungan baik,malas nak gaduh-gaduh,malas nak tengok muncung kawan tu. Terpaksa lah diam,..huh,makan dalam kot,kalau lama-lama pendam,nanti kang meletop..memang kalah gunung merapi la.

Ni la masalah yang bukan aku sorang, tapi orang lain pon selalu kena. Aku mengaku aku ni jenis malas nak cari msalah dengan orang, aku suka duduk di zon selesa. Tak puas hati pon, aku diam ja,padahal mengata-ngata dalam hati. Tapi, banyak aku belajar melaui pemerhatian(aku memang suka peghati apa-apa kat sekeliling aku). Kehidupan mematangkan kita, ikut tahun da 21 tahun, nak boleh mengundi dah pon kan? Why not, kita cerminkan sikap ”21” tu. Matanglah sikit. Aku memang cepat sensitif, benda-benda kecik pon nak sensitif. Tapi, aku cuba untuk tak ambil hati dengan benda remeh-remeh tu,jadi kita tak lah rasa nak marah sangat kan? Just forget it. Ni baru matang der...haha. Tak payah nak fight benda-benda remeh. Ko gi fight benda-benda manfaat sikit ilmu pon dapat kan.

Bukan senang nak ubah orang, diri sendiri pon susah nak berubah(aku cakap kat aku). Sapa tak nak jadi baik, benda tu fitrah, tapi nak mengubah sesuatu yang mungkin da lama jadi tabiat kita, bukannya senang, mungkin factor family tau persekitaran kita yang da bentuk kita macam tu bertahun-tahun,tiba-tiba nak berubah dalam masa yang singkat…it’s take time. Jadi belajarlah menerima orang lain, dan cuba untuk hadapi setiap ragam manusia itu sebagai cabaran dan lumrah hidup. Simple right?..kalau semua orang sama ragam, baik je semua.xberwarna-warni la kan, tak dak cabaran pulak..setiap yang Allah jadikan semuanya TERBAIK,dia tak jadikan yang sia-sia..just, think for a while….

*sila rujuk kamus bahasa negeri kedah…
*kesalahan grammar amatlah dikesali, baru dapat kesedaran kepentingan bhs inggeris…heee

Saturday, May 7, 2011

nota_cinta

ya ALLAH ,aku mungkir janji lagi, aku tak kuat, mudahnya aku rebah, mudahnya aku lupa.Ya ALLAH,ampunkan aku.........tak mampunya aku jadi sesempurna seperti yang yang ada dalam lirik ni,...

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Tajuk Nasyid : Nota Cinta
Artis : Saujana
Album : Nota Cinta

Wednesday, May 4, 2011

kisah nenek yang selalu menangis

Bismillahhirrahmannirrahim…..

Tadi masa time unit beruniform, En Teh yang conduct untuk lecture ari ni..hari ni kami bincang pasal pengurusan masa dan pengurusan tekanan. Aik, apa kaitan KRS dengan topic ni,cam tak related je kan..ha, ingt krs ni tau belajar kawad je ke?...tapi aku suka dengan topic perbincangan harini. Memang sangat sesuai lah dengan pelajar IPG macam kami ni.nak-nak pulak sem 3 ni.memang sangat lah busy. Penat? Tak payah cakap la,memang la sangat penat. Tapi ni la cabaran yang aku kena hadapi. Lain padang lain rumput. Lain tempat study lain cabarannya kan?..ingat senang ke nak jadik orang yang nak didik orang..walaupon agak jemu sebab rutin yang sama dari sekolah rendah sampai masuk IPG, tapi ni la preparation untuk menjadi guru. Kalau tak boleh hadapi sekarang, macammana nak mengajar nanti.lama tu,sampai pencen kot.


Ok2,da lari topic banyak da ni. Sebab aku nak cerita pasal kisah nenek tua yang suka sangat menangis. Aku tertarik dengan cerita EN.TEH tadi, tak tau la, cerita ni bagi aku satu motivasi walaupon simple.ok kisah dia macam ni….

Tersebutlah kisah sorang nenek tua ni,xtau la pulak apa nama dia,dok kat mana,tak pulak dibagitau..nak dijadikan cerita ada la sorang laki ni, dia selalu Nampak nenek ni nangis je. Jadi hari tu dia Tanya la, kenapa nenek selalu nangis?jadi nenek ni pon story lah.. nenek ni ada 2 orang anak. Dua-dua dah kerja. Sorang penjual aiskrim dan sorang lagi penjual payung. Bila hari hujan dia menangis terkenangkan anaknya yang jual aiskrim ni.sebab tak laku aiskrim,hari ujan,sapa nak beli kan?. Bila mai time cuaca panas pulak dia teringat kat anak dia yang jual payung tak laku,sebab hari hujan je orang suka cari payung. Jadi dia memang akan slalu menangis la. Ya la, kat Malaysia kat ada hujan dan panas ja.mna ada salji ke rebut pasir ke kan..(adoi,aku da mengarut banyak ni). Jadi laki tadi pon cakap kat nenek tu “ apa kata setiap kali hari hujan nenek tingat kat anak nenek yang jual payung tu,mesti laku payung dia, dan bila tiba hari panas nenek ingat pada anak nenek yang jual aiskrim,mesti laku dia jual”. Lepas pada tu nenek tu da tak nangis da pas dia ikut cakap laki tadi,hari-hari dia tersenyum.


OK, cerita ni memang bagi aku inspirasi. Sepayah mana dan sesusahmanapun Sesuatu perkara yang kita hadapi tu, why not kalau kita cipta keseronokan dalam setiap perkara yang kita lakukan(ni pesanan GB SKTB kt aku,mse aku buat PBS hari tu). Semua tu adalah mind set kita. Kita sendiri perlu ubah mind set yang negative kepada yang fositive. Secara automatic, kita akan kurang terbeban dengan masalah kita dan anggap masalah tu sebagai sesuatu yang mudah. Tak perlu serabutkan kepala sangat,kalu serabut macammna nak cari jalan penyelesaian kan?Kita sendiri kena wujudkan motivasi intrinsik tu, kekuatan dalaman tu paling penting. Kalau kita fikir negative aura negative la yang akan kita dapat, so fikirlah yang fositif selalu. Kawal mind set kita. INSYAALLAH akan membantu….Sekian saja kisah saya yang diadaptasikan dari EN.TEH dan ditambah2 oleh saya beberapa unsur mengarut,supaya tak Nampak serius sangat..huahaha)…

Tuesday, May 3, 2011

my soul sounds????.........

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang kau beri
Padahal diriku, terlalu sering membuatmu kecewa

Entah mungkin kerna ku terlena
sementara engkau beri, aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanku kepadaMU
Betapa tak ada apa-apanya
Aku dihadapanmu

Aku ingin mencintaimu
Setulusnya,sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatimu
Selamanya,sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganMU ya RABBI

(Dipetik daripada lirik lagu kum.edcoustic...)

Monday, May 2, 2011

sudikah diKAU menerimaku..

Bismillahirahmanirahim…Alhamdulillah Wasyukurillah.diri ini masih diberi kesempatan oleh yang kuasa untuk bernafas,masih diberi peluang untuk mencari jalan untuk memperbaiki diri.
Sudah lama tidak menitis air mata rindu kepadaMU, kerana aku terlalu lupa dan alpa hanyut bersama kenikmatan dan keindahan dunia yang penuh dengan hipokrit. Ya Allah, betapa kerasnya hatiku.mungkin kerana sudah lama tidak terisi dengan ayat-ayat cintaMU. Rindunya saat itu,saat aku khayal dan menikmati rasa cinta kepadaMU. Indahnya,sukar diungkapkan dengan kata-kata. Seribu ketenangan, pertama kali dalam hidupku, aku terasa begitu terurus, begitu tenang, begitu rindu untuk berjumpamu,betapa malu untuk aku melakukan dosa. Subahanallah, begitu indah sekali YA RABB. Pertama kali terasa manisnya bercinta denganMU.Syukur,sekurang-kurangnya KAU memberi peluang kepadaku untuk merasa nikmat cinta yang sebenar,cinta yang hakiki,sangat luar biasa walaupun seketika. Pernah aku berjanji, aku tidak akan pernah berputus asa daripada menagih cintaMU sehingga cintaku diterima.alhamdulillah KAU beri kesempatan itu.



Tapi, keterlekaan ku memudarkan rasa cinta ini ,menghakis setiap kata-kata janji yang pernah ku lafazkan kepadaMU. Hilangnya kekhusyukan dalam diri. Aku terus mengikut nafsu, aku diserang “wahan”. Sedikit demi sedikit aku lupa janji-janji ku.hati mula dikotori noda-noda hitam. Entah berapa tompok,aku sendiri tidak pasti.adakah sudah meliputi seluruh hati aku?Nauzubillahiminzalik. Moga masih ada ruang yang kosong. Masih ada kesempatan untuk aku sucikan kembali.
YaALLAH,aku merayu dengan penuh pengharapan dengan penuh kehinaan, KAU bukakan jalan untuk aku kembali kepangkuanMU yaALLAH, kau peganglah aku kembali. Berikan aku petunjuk dan hidayahMU seperti mana yang KAU telah berikan kepada golongan yang sedikit itu ya Rabb. Ya allah sudilah diKAU menerima ku kembali.sungguhpun malu untuk ku menghadapMU atas segala dosa-dosaku, aku merayu kepadaMU. Betapa aku rindu untuk menangis tika manadah tangan berdoa kepadaMU, betapa rindu untukku dibuai nikmat bercinta denganMU.Aku rindu,sungguh aku rindu yaALLAH.kembalikan aku pada fitrahku. Cemburunya aku melihat KAU memberikan hidayah kepada mereka yang pernah jatuh daripda jalanMU,KAU beri mereka sinar dan Alhamdulillah mereka dapat istiqamah pada jalanMU. Ya ALLAH jadikan aku dalam golongan mereka. Berikan aku kekuatan untuk istiqamah pada jalanMU. Jangan biar aku jatuh lagi.lemahnya aku yaALLAH,sedikit saja diuji terlalu mudah untuk aku tyergelincir.ALLAH,berikan aku kekuatan.Sesungguhnya KAU mengetahui setiap apa yang ada didalam hati-hati manusia. Kau dengarkan rintihanku ya RABB perkenankanlah permintaanku.terimalah daku kembali…………………………………….