Search This Blog

Pages

Thursday, May 9, 2013

BERLAPANG DADA






Sofyan bin Dinar mengatakan kepada Abu Basyir-salah seorang sahabat Ali bin Abi Talib r.a: "Beritakan kepadaku tentang amal-amal perbuatan umat sebelum kita?”
Dia menjawab: " mereka sedikit berbuat, tetapi banyak mendapatkan pahala."
Sofyan bertanya: " apa sebabnya?"
Dia berkata: "dengan sebab kelapangan dada mereka."
(dikeluarkan riwayat oleh Hannad bab: az-Zuhd [2/600])

           BERLAPANG DADA? senang menutur susah diatur bukan?....

      Hanya orang yang betul-betul kuat sahaja mampu berlapang dada dengan dengan apa sahaja yang berlaku atasnya tidak kira betapa pedih dan sakitnya hati. Mula-mula pedih tapi lama-lama indah... Hanya orang yang merasa mampu meneka. MasyaAllah, orang-orang yang berlapang dada itu ganjarannya begitu besar disisi Allah. Indahnya hidup jika dapat berlapang dada dengan semua perkara kan? berlapang dada dengan sahabat yang pelbagai sikapnya apatah lagi berlapang dada dengan masalah dan musibah yang sengaja Allah berikan untuk menguji hamba-hambanya. Seronok saya melihat teman-teman disekeliling saya yang diberi anugerah oleh Allah,mudah berlapang dada dengan semua perkara yang mereka hadapi. Tenang saya melihat wajah mereka, kehidupan mereka. Tinggi mujahadah mereka, moga Allah kurniakan yang sebegitu kepada saya. 

Susah amat menerima kekurangan dan menanggung marah dan sabar. susah amat untuk ikhlaskan diri demi untuk berlapang dada terutama dengan orang sekeliling. Andai RasulAllah masih ada, ingin sekali saya bertemu baginda melihat sendiri akhlak baginda didepan mata,meminta doa daripada baginda agar melembutkan hati saya yang keras ini. Malu untuk mengaku umat Baginda, kerana akhlak saya jauh berbeza dengan baginda. Jauh berbeza dengan temen-teman disisi saya. syukur mereka masih mahu menerima saya yang akhlaknya sebegini rupa..

Ya, saya masih belajar. Belajar mengawal kemarahan saya, mengurangkan keogoan saya,melupuskan keangkuhan saya dan meningkatkan tahap kesabaran saya. Banyak bukan. Allah, payah amat untuk merubah tabiat yang sudah lama berkarat. Tapi, tidak mengapa,saya akan terus mencuba. kerana rahmat Allah sentiasa ada buat hambanya,kasih-sayangNya mengatasi kemurkaannya.

Terima kasih Allah mengurniakan teman-teman yang indah akhlaknya serta guru yang..tiada kata-kata dapat diungkapkan. Sebenarnya Allah mahu saya mengambil pengajaran daripada mereka,memerhati mereka dan berfikir. Allah,Allah, Allah mengapa saya tidak nampak semua ini sebelum ini.Moga saya dapat belajar erti berlapang dada dengan mereka.istiqomahkan aku pada jalan ini yaAllah...


Tuesday, April 23, 2013

KCKS-KUCINTAKAUSEORANG

kasih dan sayang,
mudah dilafaz tapi tak faham maknanya,
apa magisnya,
sehingga mampu merubah binatang menjadi manusia
aku sayang dia
adakah sekadar lafaz
kenapa aku tidak merasa sayang itu,
kerana kau tidak benar sayang

kau punya kunci kasih sayang
tapi kau tak jumpa pintu kasih sayang
bagaimana mahu membukanya
tak guna ada kunci tapi tiada pintu

mari aku berikan petanya
jalannya agak berliku
tapi mudah bagi yang mahu
carilah cinta rasulmu
kerana disitu terletaknya pintu
bukalah dengan kuncimu
nescaya kau temui apa yang kau mahu

cinta illahi,cinta hakiki
carilah lah melalui habibi
kekasihku kekasih Allah
nabi muhammad s.a.w

kini ku mengerti
kenapa tiada rasa,kenapa tiada hati
kerana aku sesat mencari pintu
bukakanlah rohaniku,bukakanlah hijab ini
moga bertemu cinta abadi