Search This Blog

Pages

Tuesday, July 5, 2011

senyum


meh senyum cam saya..comel kan?hikhik




Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum dunia tiada penyakit



ASSALAMUALAIKUM.Da baca rangkap kat atas??..mesti semua tahu kan, tu rangkap lagu yang selalu kita dengar dicorong-corong asap..eh, silap corong-corong radio..hehe.tak kisahlah dengar masa tengah drive kereta ke, jamming dalam bilik mandi ke, tapi yang penting saya sangat suka lirik dia, bukan dengar saja-saja. Tapi,Content yang disampaikan tu..menarik bukan??.nanti leh search lirik kat sini


Senyum=)….
Senyum ni sebenarnya sangat unik dan menarik. Nak tau kenapa??...


peace!!saya xbersalah,saya tak gile...saya nak sedekah je..hee



Senyum ni sedekah yang tak payah keluarkan banyak-banyak harta dan effort pon...just gerakkan bibir je..cam ni=)sambil pandang orang tu..hehehe..,.senang bukan? Tak susah pun kan..yang paling best free2 je anda dapat pahala hari tu..senyum itu ibadah..Masa anda jalan nak ke kuliah,berapa orang yang anda jumpa kat tengah jalan tu? Kalau 10 orang misalnya…waaaaaa,berapa banyak pahala yang anda dapat??..biarlah orang tak balas senyum anda, anda tak Rugi apa-apa pun.janji ikhlas kerana Allah..sape yang rugi?dia jugak yang rugi. Tu la siapa suruh taknak senyum kan? Dengan senyuman kita boleh eratkan perhubungan sesama manusia. Walaupun mungkin kita tak kenal orang tu, tapi dengan senyuman ikhlas kita tu dapat menimbulkan rasa kemesraan antara manusia. Dalam islam sendiri menggalakkan kita berbaik dan mencintai sesamA muslim. Paling asas,..lemparkan senyuman. Itu juga salah satu cara untuk melambangkan kita mencinta mereka

Daripada Abu Hamzah Anas Bin Malik r.a,pelayan rasulAllah SAW bahawa baginda BerSabda:
Seorang Diantara Kamu Tidak Dikatakan Beriman Sehingga Dia Mencintai Saudaranya Sebagimana Dia Mencintai Dirinya Sendiri.(HR.BUKHARI & MUSLIM)




Lagi satu senyum merupakan senaman muka yang paling simple..exercise untuk otot-otot muka dan melancarkan system pernafasan. Menurut kajian jugak,senyum dapat merendahkan tekanan darah dan meningkatkan kemasukan oksigen dalam darah. Jadi,ia boleh elakkan darah tinggi. Orang tua-tua cakaP,senyum selalu, Awet muda tau?nak awet muda tak?hehehee..(nak2) kalau selalu senyum,tak ke manis muka tu,kan?berseri je.orang tengok pon tenang je .xlah orang takut nak sapa,nak tegur.



mak aih,garangnye....huhuhu



Memang agak susah nak senyum bila kita tengah serabut,masalah bertimbun,yang nu tak setel yang ni tak setel. Tapi kita cuba untuk senyum,supaya orang sekeliling kita tak rasa terbeban dengan masalah kita. saya ingatkan diri saya juga.sebab saya susah senyum..jadi ini titik permulaan. Bila orang gembira kita pun akan gembira sekali kan? Senyum itu kan mudah berjangkit,bila sorang senyum nanti orang lain turut senyum. Tindakan reflek. Mari lepaskan tekanan dengan senyum dan ketawa. Tak payah susah-susah perabih duit pi melencong sana,pi melencong sini..


Akhir sekali,kepada cik fairuz,abang bancuh ayaq,abang posmen, makcik cleaner, cikgu-cikgi,dokterest,loya-loya dan sesiapa saja….. Beri perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan serta orang-orang disekeliling anda dengan memurahkan senyuman anda..asingkan masalah peribadi anda dengan urusan professional. Perilaku sesorang melambangkan dirinya(tiada kena mengena antara hidup dan mati)