Search This Blog

Pages

Thursday, October 14, 2010

ilmu tentang cinta..

semasa aku sbuk mentelaah isi kandungan halaman i luv islam utk m'cari-cari peluntur yang bisa melunturkan tompok-tompok hitam,mencari softner yg bisa melembutkan hati dan mengharum kannya,......terbaca aku 1 artikel yang aku kira sesuai dan tidak rugi aku kongsikan bersama dalam halaman ini.ya,tentang cinta lagi,entah kenapa mungkin musim,kerana semua asyik berbicara tentang cinta.Tidak terkecuali aku turut terpengaruh untuk membincangkan soalnya.bukan soal"gediks" atau apa2.ada setengah orang terlalu anti bila mana disebut tentang cinta.Tidak salah rasanya,kerana kita ada hak untuk berbincang tentangnya.Sebagai ilmu juga.kerana tanpa ilmu kita mungkin teraba-raba dalam hidup mungkin hanyut dalam kejahilan.jangan nafikan fitrah kita.semua orang merasa perkara yang sama.kita tak perlu lari daripadanya kita cuma perlu mengawalnya..selama ini,aku langsung tidak faham bagaimana cinta yang sebenarnya,yang dikatakan tidak melanggar syariat.jika dilihat kembali,kebanyakan kita terutama berfikrah "islamic identity" telah mengislamkan cinta yang aku rasa tidak kena pada syarak.sampai ada kebanyakan dai'e kecundang ditengah perjuangan mereka kerana cinta.hebat berhujah tentang agama,tetapi hakikatnya?dia sendiri kecundang dengan noda cinta.ini realiti,bukan rekaan.kerana ia terjadi didepan mata.Namun aku mengerti,fitrah manusia.manusia tidak akan lekang daripada melakukan kesilapan.Ditambah pula dengan darah muda yang baru hendak panas.Tidak ramai yang punya kekuatan dalam hal ini. tercari-cari jugak apa sebenarnya yang dikatakan cinta yang suci tanpa noda daripada nafsu dan dosa??

tapi agak terjawab persoalan saya selama ini selepas membaca artikel(akulahkaulah | Editor: aeyie®)dalam web i luv islam.ada benar apa yang diperkatakannya.buat saya terfikir sekejap..


Saya insan biasa, tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa.

Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi.

Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.

Mari bermula! Dulu saya pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.

Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja.

Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah.

'yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..' 'usaha'? 'aah, usaha..' 'oo00oo, usaha..'

Maka merentasi masa, saya melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.

'Usahalah kenal dia, SMS laa' 'Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..' 'Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.. melepas kau..'

Saya pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.

'Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa '. 'Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..' 'Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…'

Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....

Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin saya sampaikan? Ruang ini saya ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, saya pun lelaki juga).

Teknik & Taktik:

01.Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin.

Tetapi Usaha sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah Usaha sebenarnya..

Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"

02.Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya.

Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.

Untuk yang kurang pendedahan agama: Mungkin mengambil jalan untuk bercouple (dating etc)

Untuk golongan pertengahan: Biasanya akan menggunakan ayat-ayat kiasan, jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah 'bercouple dalam islam'...

Untuk golongan yang didedahkan dengan agama: Ini bahaya!

Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik.

Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati.

Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?

Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya Allah.

Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ianya adalah 'mendekati' , bukannya 'melakukan'.. Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!.. subhanallah.. nauzubillah.. ihfazna ya Rahman..

03.Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.

Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda.. 'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'

Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami.

Di sinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan 'usaha' yang tak diperlukan.

Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala 'usaha' yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.

Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.

Di benak hati, letakkan Keyakinan.. ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh... moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.

Formula : Yakin + Islam's way = isteri @ suami solehah..=)

Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama.

Friday, October 1, 2010

Al-muhadasah

da bosan thp ap dah...p jlan blik depa,alik2 blik ngadap benda ni,blog en.zack da abis aku selongkar,muvi pulak.........aku xbpe mnt2,mmg xleh tgok lme,,org len siap feel gelak2 sume,aku cam tade prasaan...tapelah,..
esok jum'at as usual, ada muhadasah(conversation in arabic).jujur ckp,aku tapenah hafal ingt btol2,terukkan?tgok skrip je,mata da kuyu.aku da berusaha kot,tp tatau la nak kata aku ni kinestatik kot,taleh lame pnye..lam 5 minit je,ak kne wat bnde lain pulak.jd,camna la nk btol2 ingt.ni da kul 0015 da skrip 1 xabeh lg hafal.
mmg da taleh tengok da benda alah ni,so,bagi mengelakkan aku terus xhapal,aku nak tulis2 la sambil2 hilang kemuakan aku.aku ni bkn ppintar cerdas sgt,mmg lemah utk mengingat,amek masa yg lama.ok2 mari2 kita hafal sama2 ye...keh3

**********_______________________________________*****************

Al-hadisah anil wajibah(talking about assigment)

s:hal alaina wajibun lidarsul yaum?(do we have assigment for today lesson?)

j:naam,wajibani.arriadhah wa qawaid.lima hazas sual?(yes,we got 2 assigment,why?)

s:ana ghibtu anil fasl ayyama madhian.hal yumkinunil ithla'u ala kitabuki?
(i don't enter several dayas ago.May i see yours)

j:thab'an.walahsanu tahullu wajiba binafsiki(of course,but you better do it yourself)

s:faqad uridu maghfiratal asailati waahawilu hullaha fi ithari qudrati(ok,i just want to kNow the
question.i'll try to do my best)

j:bissorohati ana nafsi ajidus suubati fil hulliha(to tell u the truth,i'm also confius to do it)

*******_____________________________*********

"kedek" gler kwn dia kan lam dialog ni,igt org nk tiru ke jwpn dye,nk tgok soklan je pon.spe tlis skrip ni?adoi,xde moral value lngsung(mmndai je komen).ok2 mari sama2 kita m'hafal.ingt nk tlis lam tlisan arab td.tp,malas.lambat sgt......