Search This Blog

Pages

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

kunjungan SYAIKH IBRAHIM AL-KATTANI AL HUSSAINIE

tak sempat snap pic tadi,ramai sangat..



Alhamdulillah,tadi saya sempat menghadiri majlis ilmu bersama Syaikh Ibrahim Al-Kattani di surau Al-Ghazali. Beliau merupakan salah seorang ulama'muhaddis(ahlil bait) dari mesir yang membuat rangka lawatannya selama seminggu di Malaysia. syukur akhirnya,sekali lagi Syaikh sudi melangkah kaki lagi ke bumi bainun, yang seingat saya sudah masuk kali kedua beliau berkunjung ke IPG KAMPUS TUANKU BAINUN,PULAU PINANG ini. kehadiran kali ini memang diluar jangkaan, memang mendapat sambutan mungkin kebanyakan dipenuhi oleh junior yang baru mendaftar minggu lepas.Bahagian muslimat penuh sampai keluar. seronok tengok,kalau selalu macamni mesti best.Apapun,Tahniah kepada ustaz Afif dan badan kebajikan surau(BKS) kerana terus menerus menganjurkan program-program bersama ulama' sebegini. mabrukalaikum^^...antara yang sempat saya catit untuk dikongsikan bersama:



Tajuk:Menuntut ilmu dan Akhlak
Penterjemah:Ustaz Hasyim

Berita baik bagi mereka yang menuntut ilmu(hadis Abu Darda'):
1. Allah mempermudah jalannya ke syurga
2.Allah dan malaikat sentiasa meredhainya
3.ikan-ikan dilautan mendoakannya

Mencari dunia tidak akan ketemu nikmatnya melainkan mencari ilmu Allah taala,nescaya kamu akan temukan nikmat yang sebenarnya. Menuntut ilmu bukan hanya tertanggung atau wajib untuk kaum lelaki sahaja,bahkan kaum perempuan juga perlu sama-sama menuntut ilmu seperti lelaki yang akan membantu lelaki kelak. Oleh itu,kedudukan perempuan adalah tinggi dalam islam.



Akhlak merupakan sesuatu yang membentuk manusia yang sebenarnya. Orang alim dan orang yang belajar daripadannya juga mempunyai akhlak atau adab tertentu. Ia juga bersifat mutasyamilah(melengkapi satu sama lain). Syaikh juga ada mengupas berkenaan isi kandungan syair Ahmad Syauqi:
(serba ringkas yang sempat dicatat)

Sesuatu umat dinilai berdasarkan akhlak mereka yang mencerminkan sesubuah tamadun tersebut .Mereka yang berakhlak mulia akan sentiasa mahu melakukan kebaikan


Antara penghulu bagi akhlak yang dikupas oleh syaikh:

1. AL-HILMU(lemah lembut)
2. AL-HAYA'(malu)


sifat lemah lembut yakni dia sentiasa sabar dan menahan dirinya serta mebuatkan orang sekelilingnya berasa tenang dengannya
Hadis IBN QAIS:

sifat yang paling Allah dan Rasul suka adalah sifat lemah lembut dan berjimat cermat


sifat malu akan menjagfa pancaindera kita daripada melakukan sesuatu yang dilarang. selain itu,menurut syaikh lagi,sifat malu akan mengikat akhlak-akhlak baik seseorang itu. bahkan malu juga merupakan separuh daripada iman. betapa pentingnya sifat malu

Antara akhlak buruk yang dibenci:
1.suka bercakap banyak
suka bercakap tanpa ilmu dan perkara yang tidak berfaedah adalah tidak berguna. banyak bercakap banyak kesalahan akan timbul,manakala sikit percakapannya,makan kurang kesalahnnya

2.suka belagak pandai

"Orang yang berakhlak ialah apabila diamnya berfikir dan cakapnya adalah zikir"

Hanya itu yang dapat dikongsikan bersama, dan yang sempat saya catit. kagum dengan ustaz Hasyim yang berjaya menterjemah kata-kata syaikh dengan baik sekali dan mudah difahami. seronok,berpeluang bersalaman dengan zaujah syaikh. moga beroleh keberkatan

(walaupun ketinggalan untuk tengok juvana,huhuhu...tapi pengorbanan yang sangat berbaloi,apalah sangat jika nak dibandingkan dengan ilmu yang aku dapat malam ni...gembira=)



Monday, May 2, 2011

sudikah diKAU menerimaku..

Bismillahirahmanirahim…Alhamdulillah Wasyukurillah.diri ini masih diberi kesempatan oleh yang kuasa untuk bernafas,masih diberi peluang untuk mencari jalan untuk memperbaiki diri.
Sudah lama tidak menitis air mata rindu kepadaMU, kerana aku terlalu lupa dan alpa hanyut bersama kenikmatan dan keindahan dunia yang penuh dengan hipokrit. Ya Allah, betapa kerasnya hatiku.mungkin kerana sudah lama tidak terisi dengan ayat-ayat cintaMU. Rindunya saat itu,saat aku khayal dan menikmati rasa cinta kepadaMU. Indahnya,sukar diungkapkan dengan kata-kata. Seribu ketenangan, pertama kali dalam hidupku, aku terasa begitu terurus, begitu tenang, begitu rindu untuk berjumpamu,betapa malu untuk aku melakukan dosa. Subahanallah, begitu indah sekali YA RABB. Pertama kali terasa manisnya bercinta denganMU.Syukur,sekurang-kurangnya KAU memberi peluang kepadaku untuk merasa nikmat cinta yang sebenar,cinta yang hakiki,sangat luar biasa walaupun seketika. Pernah aku berjanji, aku tidak akan pernah berputus asa daripada menagih cintaMU sehingga cintaku diterima.alhamdulillah KAU beri kesempatan itu.



Tapi, keterlekaan ku memudarkan rasa cinta ini ,menghakis setiap kata-kata janji yang pernah ku lafazkan kepadaMU. Hilangnya kekhusyukan dalam diri. Aku terus mengikut nafsu, aku diserang “wahan”. Sedikit demi sedikit aku lupa janji-janji ku.hati mula dikotori noda-noda hitam. Entah berapa tompok,aku sendiri tidak pasti.adakah sudah meliputi seluruh hati aku?Nauzubillahiminzalik. Moga masih ada ruang yang kosong. Masih ada kesempatan untuk aku sucikan kembali.
YaALLAH,aku merayu dengan penuh pengharapan dengan penuh kehinaan, KAU bukakan jalan untuk aku kembali kepangkuanMU yaALLAH, kau peganglah aku kembali. Berikan aku petunjuk dan hidayahMU seperti mana yang KAU telah berikan kepada golongan yang sedikit itu ya Rabb. Ya allah sudilah diKAU menerima ku kembali.sungguhpun malu untuk ku menghadapMU atas segala dosa-dosaku, aku merayu kepadaMU. Betapa aku rindu untuk menangis tika manadah tangan berdoa kepadaMU, betapa rindu untukku dibuai nikmat bercinta denganMU.Aku rindu,sungguh aku rindu yaALLAH.kembalikan aku pada fitrahku. Cemburunya aku melihat KAU memberikan hidayah kepada mereka yang pernah jatuh daripda jalanMU,KAU beri mereka sinar dan Alhamdulillah mereka dapat istiqamah pada jalanMU. Ya ALLAH jadikan aku dalam golongan mereka. Berikan aku kekuatan untuk istiqamah pada jalanMU. Jangan biar aku jatuh lagi.lemahnya aku yaALLAH,sedikit saja diuji terlalu mudah untuk aku tyergelincir.ALLAH,berikan aku kekuatan.Sesungguhnya KAU mengetahui setiap apa yang ada didalam hati-hati manusia. Kau dengarkan rintihanku ya RABB perkenankanlah permintaanku.terimalah daku kembali…………………………………….

Sunday, September 26, 2010

what???self reflection ??

kdg2 manusia ni da rsa dri dye da terbaik..tp,sbnarnya bnyk lg yg perlu diperbaiki.Bila da rasa baik,mula la akan pandang org disekeliling dia negatif.Astaghfiurlahalazim.Tak terkecuali la diri ini,yang mmg xkan boleh lari daripada melakukan kesilapan.ya,aku banyak belajar daripada kesilapan....semasa aku sibuk melihat fb,tertarik aku satu kata2 drp ulama' terkenal syeikh rohimuddin nawawi al-jahari al-bentani...

Jika
engkau melihat dan menilai buruk terhadap orang lain sebenernya
disebabkan ada sifat itu dalam dirimu, buang dan hilangkan sifat itu
dari dirimu, niscaya engkau akan memandang semua orang bersih tanpa
noda. Fahamilah !!!!!

rupa2nya,apa yg kita dok mngata dan nilai buruk kt org 2,sebenarnya sifat2 orang 2 ada dalam diri kita.Astaghfiurlahalzim.tu la kan,dok ckp org nu x btoi orang ni salah,ghopenya terkena balik batang hidung sndri.Jd,sama2 lah kita muhasabah diri balik(terutama saya),da tau org 2 mcm 2,apa kata kita bimbing dia,klaw xboleh sgt,doakan moga dye brubah.bknnya dok mngata dia bkn2,pndang slack smcam kt dia..itu yg xbtoi...

kita xtau mungkin hari ini dia begini,xmustahil suatu hari dia akn jd lbh baik drp kita,dan kita pula berada ditempat dia.ALLAH itu maha besar dan berkuasa buat apa shj.Jd,amiklah kata2 ni sbg renungan.bleh kita koreksi diri kita balik.bersihkan sifat2 mazmumah dlm diri .bla hlg sifat2 2,secara x langsung kita da xde pandangn negatif kt orang..INSYAALLAH..

yaAllah,yg Maha Mengetahui dan Penerima taubat,aku mmohon keampunan diatas segala kesalahanku dan shbt2ku,sama ada sedar mahu tidak sedar kami lakukan.bersihkalah hati kami drp sifat mazmumah dan pandanglah kami ini dgn penuh kasih syg..moga kami semua termasuk dlm glgn org yg sering mengingatiMU...Amin


Kenapa perlu risau?

Assalamualaikum....lama xpost something kt blog ni..ttba hari ni t'detik nk tlis ssuatu yg slalu b'main dfkran kita sume..setiap org mst penah rse camni..rse ap?..ha,itu yg kta nk tau..he3..risau?gelisah,xsedap hati..mcm2lh istilah yg bleh dguna..yg single risau sal jodoh,ad yg risau sal duit xde la(elaun xmsuk lg nie..hu3),nak2 skrg msim saimen,sibuk sana sibuk sini....pakat dok tension2 sal saimen lak kn(ha,aku la tue),klaw korang prasan kita sbnrny t'lalu mmkirkan mslh sampai jd risau...tp xcuba crik pnca dye..btol kn?(bek ckp betol)ok2,bg yg tgh risau 2..skrang,cba ambil cket msa rilekskn dri..kasik tenang cket..sambil2 2,ak nk kongsikan cket kta2 yg aku amek dr 1 buku ni karya rohani sheikh omar yg tjuk dye "anda tak perlu risau"..siyes best da 2 kali ak ulang baca..tiap kali aku rse resah,serabut,pkir mcm2..ak ske amek kata2 lam bku ni sbg motivasi....ni slh 1 la yg dpt ak share.....


kenapa perlu risau?
andai dia bkn milikmu
sedangkan Allah telah b'janji
"Lazimny lelaki baik utk prempuan yg baik
sblikny lelaki jht utk prempuan yg jht"

kenapa perlu risau?
andai tiada siapa disisi
b'sama m'harungi onak p'juangan
sedangkan seringkali aku diseru
"b'serahlah kep. Allah
kerana ckuplah Dia m'jadi p'tadbir urusanmu"

kenapa perlu risau?
andai dia tidakkan ku gapai
jika tabir dijiwa tidak kusingkap
sedangkan ku tahu
janji ALLAH itu benar
"berdoalah kep-Ku
nescaya Aku p'kenankan
doa p'mhonan kamu"

kenapa perlu risau?
andai harapan kasih akan berkecai
sedangkan kerap aku diingatkan
"letaklah harapanmu pd-Ku
rahmat-Ku amatlah dekat
bg mereka yg m'perbaiki amalannya"

kenapa perlu risau?
Andai mahligai impian tidak terbina
dan singgahsana idaman hancur musnah
sedangkan Allah tlh b'firman
"kamu merancang,Allah juga merancang
dan Allah jua adalah sebaik-baik perancang"

kenapa perlu risau?
Andai realiti tidak seindah impian
sedangkan seringkali jelas terbukti
kebenaran kalimah sucinya
"boleh jadi kamu benci,baik untuk kamu
boleh jadi yg kamu suka buruk utk kamu

kenapa perlu risau?
andai tmn cinta hamba-Mu
tdk b'peluang aku jejaki
sedangkan pd hakikatnya
"Cinta abadi yg aku dambakan
Redha Allah yg aku pohonkan
kasih Illahi yg aku rindukan
syurga firdausi yg aku idamkan.........

Tuesday, April 20, 2010

kdg2 xsdr kbsrnNYA....


bismillahirahmanirrahim.....Alhamdulillah,akhirnya..post pertama aku,he3..wlaupon bru je wat,background pon xd g,xcantik ag,xp la..nk post gak something arini sbg perasmian..

hurm,lama sgt2 xpberidah,hu3.naek tngga cket dah mengah..da lama tinggal sejak ppismpsem 2 lg..lama 2(blik kg org asyik tgor nek bdn,malu sioot)
tp,tah ttba ptg td bersemangat nk trun g maen basketball smbil jln2,skodeng2 skitar mktb..aiseyyh..lawa gak maktb bainun ni,haha3(bru nk sdr)..mklumlah asyik dok perap je lam blik(alasan banyak asigment)...
penat kott..mklumlah bru dpt ksedaran gaya hdp sihst ni..he3.. .masa penat2 men basket..ttba dhaga,apa g,(dgn tidak berduitnye dan dgn slabernye)..kami terus serbu surau carik ayaq kotak rm1..ha3(BKS,nnt km bayaq na)..sambil2 minum ayaq kotak,kami lepak la dpn surau sambil pekena angin petang,,wah!!nikmat btol..papun.
td ad ssuaty yg menarik perhatian aku..

ALLAHUAKBAR,cantiknya langit 2,awan 2 membentuk sesutu bentuk yg bg ak sgt unik..tah tetiba hati ni rse tersentuh sgt..kdg2 dok tgok selalu awan 2,tp xrase ap2 pon..tp hari ad rasa something..Teringat ak,"ALLAH ciptakan alam ini untuk manusia ambil pengajaaran dan hikmah drpdanya"mudah bkn..xpayah guna pen,buku pon..xpayah kerah otak bnyk2(cam sbjek math)just pandang je,korang da dpt berfikir hikmah dan kbsarnNya..tp mende kecik camgini,kdg2 kita xsdr pon kan?(ish3)so,da moral of ini story:sng je kan nk dpt pahala,smbil jln2 pon leh wat...depends on u..stakat ni je la.nk smbung wat keja yg berlamabk itu..mga dpt mmberi ssuatu kep ak dan kamu(cewway,cam tajuk lgu jek)..wasalam