Search This Blog

Pages

Tuesday, September 25, 2012

DENGARKAN AKU

Hari ini seolah-olah ada sesuatu yang meragut iman, entah kenapa rasa marah, geram, serabut, sedih, kecewa bercampur baur. tanpa ada sebab untuk aku bersikap sebegitu. ya, memang tidak adil untuk mereka disekelilingku. naik angin tanpa sebab, membenci tanpa sebab. seperti aku bukan diri aku sendiri. maafkan aku teman-teman. aku sendiri masih keliru dengan diriku sendiri. mudah marah, mudah jugak menyesal. bertindak melulu tanpa berfikir.

umur sudah mencecah 22 tahun. tetapi, masih belum matang dalam soal kehidupan. masih lagi keliru dengan identiti sendiri. kadang-kadang aku rasa diri aku seorang yang pelik dan selalu merasakan diri aku tidak ada kegunaan untuk orang. astagfirullahalazim, sedar-sedar itu lah lafaz yang keluar daripada mulut aku. aku seperti tidak bertuhan, seperti tiada iman dihati. terlalu melayan perasaan dan melayan kehendak syaitan yang sentiasa membuai diri supaya menyalahkan tuhan, menyalahkan takdir dan menyalahkan diri sendiri.

iman manusia itu adakala turun adakala naik. hari ini mungkin iman aku menurun, jauh daripada mengingati ALLAH, solat pun seolah-olah tidak sedar apa yang sedang dilakukan. biadabnya aku dihadapan tuhan. seolah-olah mempermainkan tuhan dikala berhadapan denganNYA ketika solat. astagfirullahalazim. ya Allah ampunkan aku.

"aku mohon kepadamu Allah, tunjukkanlah kepada diriku andai terdapat satu dosa yang menghijab cinta antara aku dan kamu,antara aku dan rasulku, ya ALLAH berikanlah aku petanda, mengapakah sampai doaku terhijab daripada sampai kepadaMU. adakah haram makananku?adakah ada dosa yang tidak terampun oleh manusia terhadapku? adakah ada hutang yang masih belum kulangsaikan?adakah ada dosa syirik yang tidak kusedari aku lakukan yaAllah. AKU buntu mencari jawapan.kenapa imanku sentiasa menurun dari sehari kesehari, kenapa hati ku tidak runtun  disaat ayat-ayatmu berkumandang, hatiku tidak kasih disaat qasidah-qasidah dan selawat-selawat dialunkan. adakah ada riak dan kemunafikan dalam diriku, adakah aku hanya berpura-pura meraih penghargaan daripada manusia. andai ya,ampunkan aku ya Allah. sesungguhnya aku hambamu yang sangat lemah dan selalu lalai. kekuatan itu kekuatanmu, hidayah itu hidayahmu, maka aku pinta kepadamu kasihanilah hambamu ini. jangan biarkan hamba berputus asa daripada rahmatMu. kerana hamba pasti segalanya pasti ada kebaikan yang belum sampai atau tidak nampak.Satu ku pinta berikanlah aku kekuatan untuk bertahan dan redhalah aku untuk bernafas atas nyawa yang kau pinjamkan ini. janganlah kiranya Engkau murka dan berpaling daripadaku YaALLAH.."

No comments:

Post a Comment