Search This Blog

Pages

Thursday, September 15, 2011

MONOLOG DENGAN IMAN-ubat bersihkan hati..part1

sambil melihat mari merenung juga...bnyk yg tersirat



(gambar semasa kursus pentauliah leftenan muda KRS di NUR LEMBAH LENGGONG)




“Sebab saya bukan malaikat, sebab saya hanya manusia biasa seperti kamu. Mungkin juga kamu lebih baik daripada saya,saya tak dapat lari daripada melakukan dosa”
“buat,taubat,buat,taubat,buat,taubat…”argh,banyak sangat dosa.,malunya nak menghadap Allah,sesungguhnya aku menzalimi diri aku sendiri ya ALLAh”.
Iman manusia itu turun naik, adakala sakit,demam sekejap,semua tak kena dimata,huru-hara jadinya,gelisah sentiasa..adakala sihat, bersemangat sentiasa, semua amalan baik dipau bersih ketika itu. Seronoknya kalau iman sihat selalu kan? Malangnya bukan senang nak sihat selalu tapi tak mustahil juga untuk selalu sihat. Nak iman sentiasa sihat. Hati kena mau bersih dulu..kembalilah kepada Allah
“Bagaimana nak bersihkan hati? Bolehkan bersihkah hati,sedangkan hitam sangat dah ni,bukan setakat titik-titik, da tak jadi titik tapi selautan pun mungkin sampai kot”.
“dosa aku banyak sangat,tuhan nak terima ke?.....

“Allah memanjangkan tangan-Nya pada waktu malam untuk mengampunkan pembuat dosa di waktu siang dan Allah memanjangkan tangan-Nya pada waktu siang untuk mengampunkan pembuat dosa pada waktu malam sehinggalah terbit matahari dari barat” Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim.
Lihatlah, apa yang Allah janjikan. Allah sentiasa ada bukan? Ada untuk mengampuni pendosa seperti aku selagi nyawa belum sampai dikerongkong, selagi matahari belum terbit dibarat.peluang saya masih ada, peluang kita masih ada. Luasnya Kasih sayang Allah,subahanallah.
Tidak akan sia-sia, rintihanmu didengari teman, dambaan cinta mu dibalas sahabat…
“Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas” hadith riwayat Muslim.

Setiap kali aku membaca hadis ni, setiap kali itulah aku tersentuh.sayu,aku tak tahu kenapa. Rasa,Sayangnya Allah kat aku,tapi apa aku buat?apa usaha aku?
Mari besihkan hati=)..kembali kepada AllAh(itu salah satu penawarnya)…
Moga aku kuat seperti mereka yg dipilihNya,begitu juga dengan kamu semua…amin

No comments:

Post a Comment