Search This Blog

Pages

Tuesday, August 16, 2011

penjajahan dalam selimut

Keadaan cukup bahaya, dakwa Pemuda PAS

Ogos 2, 11 5:43pm
Pemuda PAS mendakwa keadaan sekarang cukup merbahaya apabila seorang penduduk tetap (PR) yang didaftarkan sebagai pengundi baru dengan "sekelip mata" boleh bertukar menjadi warganegara.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kanan) berkata, pihaknya sudah menjangka perubahan itu atau pelayan (server) Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) akan ditutup.

"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakinimengeluarkan berita pada jam 1.06 (petang) maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara.

"Inilah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.

Katanya, tindakan itu memberi maksud bahawa "Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja".

Sebelum ini, kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan PR yang memegang kad MyPR merah didaftarkan sebagai pengundi baru, rekod dalam taliannya bertukar kepada warganegara dan memiliki MyKad biru.
Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Dalam kenyataan petang ini, Suhaizan mendakwa, Pemuda PAS juga telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi.

"Mereka didaftarkan hampir di setiap negeri. Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali," katanya.

Sehubungan itu, dewan itu mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu suruhanjaya diraja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," katanya.

(DIPETIK DARIPADA ARTIKEL MALAYSIA KINI
http://malaysiakini.com/news/171789)


kalau Tun Abdul Razak, Kapten Hassan, Tun Hussien Onn dan banyak lagi nama-nama tokoh kemerdekaan negara(aku rasa semua orang da cukup arif) masih ada sekarang,menangis air mata darah nampaknya melihat keadaan negara kita sekarang.panas di hati masih membara setiap kali aku baca artikel ni.betol-betol tak faham,mungkin mereka tak rasa susah payah pembela Negara kita dulu, berkorban harta, tenaga untuk mendapatkan sebuah Negara yang merdeka. Ingat senag ke??sebab tu mereka sanggup gadaikan semua ni. Wahai pemimpin-pemimpinku sekalian,sedarlah apa yang anda semua lakukan ni akan mengundang padah,tak mustahil Negara akan dijajah lagi.sekarang pun dah rasa macam duduk Negara terasing. Kerana kepentingan politik, sanggup gadaikan semua ni. Gunakanlah akal fikiran kamu,pergunakanlah kuasa kamu dengan sebaik-baiknya, ini amanah rakyat,semua di bahu kamu,kelak akan dipersoal dihari kemudian .sedarlah, berapa banyak dosa yang kalian dapat hasil sumpahan rakyat.aku bukan memihak pada mana-mana parti politik ke apa,aku memihak pada yang hak. Wala’ pada pemimpin yang patut aku wala’….emosi-emosi,haish!!. Sekian, tak nak komen lebih-lebih,nanti terkeluar perkataan yang tak sepatutnya .Moga Allah buka pintu hati pemimpin kita. Fikir guna akal, fikir kesan jangka panjang,bukan guna akal cetek…
p/s:aku benci politik kotor!!!!

No comments:

Post a Comment