Search This Blog

Pages

Tuesday, October 2, 2012

IF I'M NOT A TEACHER....I'M...

Setiap manusia mempunyai impian dan cita msing-masing, tetapi bukan semua impian dan cita-cita itu akan dapat kita capai.kenapa?inilah yang dikatakan takdir dan aturan daripada ALLAH. Tidak perlu untuk mempersoalkan kenapa.sebab setiap yang diaturkan itu adalah yang terbaik.

Aku seorang yang kuat berangan. Dari kecik sampai besar.sampai sekarang pun sama. seronok juga berangan ni. Cuma tak boleh selalu,nanti semua kerja tak jalan. sekali sekala, amatlah perlu untuk motivasi dan penghilang stress. Tak kena bayar pun free je...

aku suka fikir(saja syok-syok), kalau aku tak berada dibidang "perguruan" ni, apa kerjaya yang akan aku ceburi??

1. Penternak Kambing Berjaya





   Pelik beno cita-cita aku. Ramai jugak la yang gelakkan aku.Hingga ke saat ini, impian tu tak pernah padam.InsyaALLAH  kalau ada rezeki (dapat kawen dengan laki kaya...haha), nak beli tanah untuk bela kambing. Pelbagai spesis kambing. petang-petang datang tengok kambing,bagi makan dan sembang-sembang dengan kambing(gilo ko apa). Kerja macam ni sangat best.Tak terikat dengan orang, kena dengan minat, tekanan pun kurang.Lagipun aku suka kerja sendiri. Bela kambing pun boleh berjaya apa.Kalau kena dengan cara la




2. Petani Moden






Haha.Petani lah sangat, kat rumah pun apa la yang aku tanam. Seronok kalau dapat sebidang tanah yang luas, lepastu tanam macam-macam sayur-sayur dan ulam-ulam, buah-buahan ke. dapat hasil jual. Boleh dapat income banyak jugak tu lepas tu buat satu pondok kecik dekat kebun. Penat-penat jaga sayur tu  boleh rilex kat pondok sambil berangan, kena pulak dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Huh, dapat dapat bayang dah suasana ni. Pencen la kot dapat buat macamni,tapi pencen pon dah 60. Takut tak larat angkat cangkul la



3. penulis






Menulis reti, tapi jadi penulis tu aku rasa macam tak kena. tapi aku minat menulis, walaupun aku tak pandai mengayat. Nak jadi penulis ni, kena pandai mengayat,pandai main bahasa, pandai tarik pembaca, nilai kecindan pun perlu tu (jangan ingat mengajar je ada kecindan) dan kenalah kreatif. Tekad tu yang penting. Berangan nak jadi novelist konon. Seronok jugak menulis, boleh lah kalau nak dijadikan hobi(time tiada kerja). kuatnya aku berangan siap nak jadi penulis, perasan bagus betul. tapi, Hilal Asyraf dulu pun banyak juga rintangannya, semua orang rendah-rendahkan dia masa dia cakap nak jadi penulis, sekarang,fuhh..meletup dia punya buku. Aku tidak la sampai ketahap itu. Menulis untuk suka-suka.Hobi dimasa lapang. buat apa yang kita suka=)



        Walau apapun, saya suka menjadi seorang guru(bakal). kena kerja dibawah orang, bersama kanak-kanak dan memerlukan banyak komunikasi dan perlu berkepimpinan serta berkebolehan (benda-benda yang aku kurang yakin) . Tetapi, kalau aku tak layak kenapa aku termasuk ke dalam "dunia" ni. ini masanya aku untuk belajar dan meneroka. walaupun tidak pernah terlintas untuk ke bidang ini dan tidak pernah sangka akan berpijak dimana aku berpijak ini. ya, inilah realiti. Aku bakal menjadi seorang pendidik, bukan petani, bukan penternak dan bukan jugak novelist(kalau part-time boleh). Allah sudah meletakkan aku dalam kerjaya ini, jadi i must go on..berusaha untuk mendidik=)....




No comments:

Post a Comment