Search This Blog

Pages

Friday, February 18, 2011

Hadiah paling berharga

Kalam dibuka dengan selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W. “Allahhumma salli ala saidina Muhammad”Moga-moga sampai kepada Baginda. Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sekali, maka dibalas Allah dengan sepuluh kali..mafhum sebuah hadis”.
Rindunya kepada mu wahai kekasih Allah.Alhamdulillah,semalam Badan Kebajikan Surau(BKS)Al-Ghazali telah mengadakan majlis bacaan burdah dan telah menjemput adik-adik dari Hulu Langat, Selangor(x ingat nama tempat) untuk sama-sama dengan warga Bainun duduk bersama mengalunkan puji-pujian kepada Baginda S.A.W.Majlis bermula selepas asar sehinggalah lebih kurang jam 10 malam(ada majlis berbuka puasa).Subahanallah.bertapa syahdunya dan tersentuh perasaan dan hati aku yang keras ni mendengar alunan-alunan burdah yang disampaikan.Betapa selama ini,jauhnya aku dari mengingati baginda.Moga majlis semalam akan menjadi titik permulaan,agar jiwa ini lebih mencintai dan merindui Baginda berbanding sebelum-sebelum ini.Amin

Ok,back to the topic…Inginlah saya timbulkan 1 persoalan disini. Berapakah amalan sunnah rasullALLAH yang kita telah lakukan saat mata terbuka,diri tersedar dari tidur sehinggalah disaat kita masih mampu menghela dan menarik nafas kita tika ini?Kadang-kadang kita tidak sedar,beberapa perkara yang kita lakukan seharian adalah sunnah rasulAllah.Mungkin ada yang tidak tahu,apakah sunnah-sunnah rasulALLAH. Jadi disini ingin saya kongsikan
“sunnah-sunnah RasulALLAH” yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian:

1.sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur :-
- Berwudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

- Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan(melindungi diri daripada sihir dan niat jahat manusia).

- Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

- Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.

- Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Peringatan: Dilarang,tidur dalam keadaan kaki menghadap ke arah Qiblat.Kearana ia merupakan orang yang telah mati.

2. Keluar Masuk bilik Mandi (Syaikh Khalid al Husainan)

-. Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan

-. Doa ketika masuk kamar mandi:
"Artinya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari godaan syaitan laki-laki dan perempuan [Hadits Riwayat Bukhari no. 142; 6322 dan Muslim no. 375]

- Doa ketika keluar kamar mandi:
"Artinya : Aku minta ampun kepada-Mu [Hadits Riwayat Seluruh penyusun sunan kecuali An Nasaa'i] [1Makna dari 'al-khubusyu wal khabai'syi'" adalah syaitan dari jenis laki-laki dan perempuan. Berlindunglah kepada Allah dari kejahatan mereka karena sesungguhnya kamar mandi adalah tempat tinggal mereka

3.Berwudhuk:

-Membaca Bismillahirrahmanirrahim

- Membasuh tangan hingga pergelangan sebanyak tiga kali pada permulaan wuduk

- Memulakan wuduk dengan berkumur- kumur dan memasukksn air ke dalam hidung sebelum membasuh muka

- Menghembus air yang dimasukkan ke dalam hidung dengan tangan kiri

- Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebih-lebihan kecuali bagi orang yang berpuasa.

-Berkumur-kumur menggunakan satu telapak tangan sahaja, maksudnya berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung daripada tadahan air dari tapak tangan
sahaja.

- Bersugi ketika berkumur-kumur

- Menyelati janggut yang tebal dengan memasukkan jari-jari tangan ke dalam janggut ketika membasuh muka.

- Rasulullah S.A.W menyapu kepala dengan memulakan sapuan di bahagian depan kepala dengan hujung tapak tangan beliau kemudian dilurutkan dengan menyapu hingga ke tengkuk kemudian kembali semula dengan melurut ke bahagian depan kepala. Basuhan yang wajib adalah meratakan air ke kepala.

-Menyelati jari- jemari tangan dan kaki. In berdasrkan hadis Rasulullah S.A.W. :

أَسْبِغِ الوُضُوءَ وَخَلِّلْ بيْن الأَصابِع
“ Sempurnakan wuduk dan memasukkan jari- jemari tangan antara satu sama lain.”
( Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, dan Abu Daud)

- Membasuh anggota kanan terlebih dahulu pada anggota tangan dan kaki :

- Membasuh anggota wuduk sebanyak 3 kali ketika membasuh muka, tangan dan kaki

- Mengucapakan dua kalimah syahadah selepas selesai wuduk

- Mengambil wuduk di rumah, Sabda Rasulullah S.A.W. :

مَنْ تَطَهَّرَ في بَيْتِه ثم مَشَى إلى بيتِ مِنْ بُيُوتِ الله لِيَقْضى فَرِيْضَةً مِن فَرائِضِ الله كانت خَطٌوَتاه إِحْداهُما تَحُطُّ خَطِيْئةَ وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَة
“Sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya kemudian dia berjalan menuju ke salahsatu rumah dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan solat fardu, setiap langkah kakinya akan dihapuskan satu dosanya dan langkah yang satu lagi akan diangkat satu darjat.” ( Diriwayatkan oleh Muslim)

- Menggosok anggota wuduk dengan tangan

- Berjimat dalam penggunaan air

- Melampaui membasuh anggota tangan dan kaki dari kawasan yang wajib dibasuh.

-Solat dua raaat selepas wuduk

4.Makan dan minum
-Makan:
#Memulakan dengan Basmallah.Bismillah merupakan penentu keberkatan rezeki yang akan masuk ke dalam perut kita.
Dalam satu hadis, daripada Umar bin Abi Salamah R.a berkata, “semasa aku kanak-kanak, aku makan di dalam bilik bersama Rasulullah SAW. tanganku melintasi segala piring-piring, lalu disebut oleh Rasulullah SAW;
يا غلام سم الله ، وكل بيمينك ، وكل مما يليك
Maksudnya;
“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu
- Mengambil garam menggunakan jari kelingkingnya seterusnya menghisap garam tersebut.Kemudian makan menggunakan tangan kanan dan 3 jari sahaja untuk makan

#Dalam hadis, daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda;
إذا كان أحدكم فليأكل بيمينه ، فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله
Maksudnya;
“Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya

#Daripada Kaab bin Malik berkata;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع ، ويلعق يده قبل أن يمسحها
Maksudnya;
“Rasulullah SAW makan dengan tiga jarinya, lalu menjilat tangannya sebelum membersihkannya

Nabi menghisap sedikit garam kerana garam adalah sumber mineral dari tanah ygpenting badan kita dan juga penawar yang paling mujarab bagi keracunan,.Kenapa tangan kanan?ini kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion),

-Mengunyah
#Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

-Tidak makan banyak
#riwayat Abdullah bin Umar, daripada Nabi SAW bersabda;
الكافر يأكل في سبعة أمعاء والمؤمن يأكل في معىً واحد
Maksudnya;
“Orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja[8]”

-Tidak mencela makanan
#Dalam hadis, daripada Abu Hurairah berkata;
ما عاب النبي صلى الله عليه وسلم طعاماً قط ، ان اشتهاه أكله وإن كرهه تركه
Maksudnya;
“Nabi SAW tidak pernah mencela makanan sedikitpun. Sekiranya nabi berminat, pasti baginda akan memakannya. Dan jika baginda tidak menyukainya, baginda akan meninggalkannya


-Makan berjemaah
#Dalam satu hadis, daripada Wahsyi bin Harb, daripada bapanya dan daripada atuknya berkata;
أن أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قالوا : يا رسول الله إنا نأكل ولا نشبع قال : فلعلكم تفترقون قالوا : نعم ، قال : فاجتمعوا على طعامكم ، واذكروا اسم الله عليه ، يبارك لكم فيه
Maksudnya;
“Sesungguhnya para sahabat nabi SAW bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah merasa kenyang”. Berkata Nabi SAW, “mungkin kamu makan bersendiri-sendirian?”. Jawab sahabat, “benar”. Bersabda Nabi SAW, “berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut

-Duduk dalam keadaan tidak bersandar

#Diriwayatkan daripada Abu Juhaifah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;
إني لا آكل متكئاً
Maksudnya;
“Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar

-Minum
Tidak minum berdiri walaupun ia makruh

#Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana kita akan meneguk air daripada nafas yang kita hembuskan dari hidung.(nafas yang dihembus hembus CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic).

- Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

-minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Setakat ini ilmu yang dapat dikongsikan bersama, moga-moga menjadi manfaat untuk diri dan orang lain.Moga dakwah menyampaikan ilmu ini walaupun kecil akan diterima Allah.Dakwah wajib bagi setiap yang bergelar muslim dan boleh disampaikan melalui medium yang berbeza-beza mengikut kemampuan dan kebolehan yang ada pada seseorang.Jika tidak melalui lisan,boleh melalui tulisan,jika tidak boleh dengan perbuatan mesti boleh dengan perkataan bukan?Walaupun kecil usahanya,InsyaAllah akan terkesan bagi sesiapa yang mempunyai hati sanubari yang ikhlas.InsyaALLAH.Yang penting ada usaha untuk melakukannya.Wallahua’lam.

1 comment:

  1. tq for the useful tips n notes..
    sgt berguna! sy suka~ hehe
    rajin2 la awk tu update blog ye?

    ReplyDelete