Search This Blog

Pages

Sunday, June 26, 2011

kunjungan SYAIKH IBRAHIM AL-KATTANI AL HUSSAINIE

tak sempat snap pic tadi,ramai sangat..



Alhamdulillah,tadi saya sempat menghadiri majlis ilmu bersama Syaikh Ibrahim Al-Kattani di surau Al-Ghazali. Beliau merupakan salah seorang ulama'muhaddis(ahlil bait) dari mesir yang membuat rangka lawatannya selama seminggu di Malaysia. syukur akhirnya,sekali lagi Syaikh sudi melangkah kaki lagi ke bumi bainun, yang seingat saya sudah masuk kali kedua beliau berkunjung ke IPG KAMPUS TUANKU BAINUN,PULAU PINANG ini. kehadiran kali ini memang diluar jangkaan, memang mendapat sambutan mungkin kebanyakan dipenuhi oleh junior yang baru mendaftar minggu lepas.Bahagian muslimat penuh sampai keluar. seronok tengok,kalau selalu macamni mesti best.Apapun,Tahniah kepada ustaz Afif dan badan kebajikan surau(BKS) kerana terus menerus menganjurkan program-program bersama ulama' sebegini. mabrukalaikum^^...antara yang sempat saya catit untuk dikongsikan bersama:



Tajuk:Menuntut ilmu dan Akhlak
Penterjemah:Ustaz Hasyim

Berita baik bagi mereka yang menuntut ilmu(hadis Abu Darda'):
1. Allah mempermudah jalannya ke syurga
2.Allah dan malaikat sentiasa meredhainya
3.ikan-ikan dilautan mendoakannya

Mencari dunia tidak akan ketemu nikmatnya melainkan mencari ilmu Allah taala,nescaya kamu akan temukan nikmat yang sebenarnya. Menuntut ilmu bukan hanya tertanggung atau wajib untuk kaum lelaki sahaja,bahkan kaum perempuan juga perlu sama-sama menuntut ilmu seperti lelaki yang akan membantu lelaki kelak. Oleh itu,kedudukan perempuan adalah tinggi dalam islam.



Akhlak merupakan sesuatu yang membentuk manusia yang sebenarnya. Orang alim dan orang yang belajar daripadannya juga mempunyai akhlak atau adab tertentu. Ia juga bersifat mutasyamilah(melengkapi satu sama lain). Syaikh juga ada mengupas berkenaan isi kandungan syair Ahmad Syauqi:
(serba ringkas yang sempat dicatat)

Sesuatu umat dinilai berdasarkan akhlak mereka yang mencerminkan sesubuah tamadun tersebut .Mereka yang berakhlak mulia akan sentiasa mahu melakukan kebaikan


Antara penghulu bagi akhlak yang dikupas oleh syaikh:

1. AL-HILMU(lemah lembut)
2. AL-HAYA'(malu)


sifat lemah lembut yakni dia sentiasa sabar dan menahan dirinya serta mebuatkan orang sekelilingnya berasa tenang dengannya
Hadis IBN QAIS:

sifat yang paling Allah dan Rasul suka adalah sifat lemah lembut dan berjimat cermat


sifat malu akan menjagfa pancaindera kita daripada melakukan sesuatu yang dilarang. selain itu,menurut syaikh lagi,sifat malu akan mengikat akhlak-akhlak baik seseorang itu. bahkan malu juga merupakan separuh daripada iman. betapa pentingnya sifat malu

Antara akhlak buruk yang dibenci:
1.suka bercakap banyak
suka bercakap tanpa ilmu dan perkara yang tidak berfaedah adalah tidak berguna. banyak bercakap banyak kesalahan akan timbul,manakala sikit percakapannya,makan kurang kesalahnnya

2.suka belagak pandai

"Orang yang berakhlak ialah apabila diamnya berfikir dan cakapnya adalah zikir"

Hanya itu yang dapat dikongsikan bersama, dan yang sempat saya catit. kagum dengan ustaz Hasyim yang berjaya menterjemah kata-kata syaikh dengan baik sekali dan mudah difahami. seronok,berpeluang bersalaman dengan zaujah syaikh. moga beroleh keberkatan

(walaupun ketinggalan untuk tengok juvana,huhuhu...tapi pengorbanan yang sangat berbaloi,apalah sangat jika nak dibandingkan dengan ilmu yang aku dapat malam ni...gembira=)



No comments:

Post a Comment