Search This Blog

Pages

Sunday, January 23, 2011

Dugaan Allah adalah rahmat bagi orang beriman

kadang-kadang kita selalu mengeluh,kenapa nasib aku begini?kenapa dia ada ni aku takda ini?kenapa dunia ni tak adil untuk aku?kenapa aku orang yang dipilih untuk sakit ni?...
Semua serba tidak kena dimata,sampai mempertikaikan ketidakadilan Tuhan.Mengapa perlu sampai begitu.Ini semua kata-kata orang yang tidak kukuh pegangannya terhadap Allah.Astaghfirlahhalazim.Kadang-kadang hati ini sering merintih,Ya Allah kenapa aku kerap sakit?kenapa kau taknak sembuhkan penyakit ni.Kenapa kau biarkan aku menderita?Begitu jahilnya diri ini sampai terlupa hikmah dan kelebihan disebalik apa yang Allah berikan.Sakit sebagai kifarah dosa-dosa kita yang lalu.Itu cara Allah hapuskan dosa kita didunia,sepatutnya kita perlu bersyukur kerana Allah memperkenan untuk memhapuskan dosa kita didunia.Maka,ringanlah sedikit azab disana kelak.Ulama'-ulama' begitu risau apabila mereka tidak sakit,mereka bimbang jika tidak sakit, bagaimanalah dosa mereka akan dihapuskan jika Allah tidak memberi mereka nikmat sakit.MasyaAllah,subhanallah..Bandingkan mereka dengan kita,berbeza bukan??ya,jauh sekali bezanya.

Dugaan juga datang dalam bentuk kesusahan dan kesenangan.Sebenarnya kita tidak pernah puas dengan apa yang Allah kurniakan.Padahal kesusahan mahupun kesenangan adalah sama dugaannya.

1.hidup yang dilimpahi kemewahan tapi hati sentiasa gundah gulana.
hidup penuh kesusahan tetaapi hati sentiasa tenang mengingati Allah

2.kehidupan yg mewah dengan harta dan sentiasa menggunakan harta itu pada jalan Allah dan tidak pernah melupakan Allah.
Kehidupan yang susah,dan sentiasa menyalahkan Allah atas kesusahannya.Tidak pernah meminta kepada Allah.


Cuba kita bandingkan perbezaan situasi 1 dan 2.Tidak ada perbezaan bukan?konklusinya semuanya terletak pada pegangan dan iman kita.Jika iman kita kukuh letaklah atau duduklah dalam mana-mana situasi pon InsyaALLAH kita akan sentiasa berada pada landasannya.Jangan salahkan Allah,jangan salahka takdir.Semuanya terletak atas diri kita.Apa yang telah diletakkan oleh Allah itu adalah sesuai dan baik untuk diri kita.Siapa kita nak mempersoalkan takdir Walhal Allah maha Mengetahui segalanya.

Tidak ada beban yang diberiakan oleh Allah kepada kita melainkan sesuai dengan kekuatan kita.Ingatlah,Allah rindukan rintihanmu,doamu,munajatmu kepadanya.Mungkin kamu telah agak jauh dariNya.Lalu dia kirimkan dugaan agar kamu sedar hakikatnya bahawa Allah masih ada untuk kamu.Dialah satu-satuNYa tempat yang patut kamu kembali.Dugaan mengajar kamu lebih kuat untuk menempuh dugaan seterusnya.HIDUP TIADA MAKNA,TIADA INDAHNYA ANDAI SEGALANYA MUDAH SAHAJA UNTUK DILALUI,KERANA ITU BUKANNYA KEHIDUPAN TETAPI ITU ADALAH DUNIA ANGAN-ANGAN YANG TIDAK PERNAH MENJANJIKAN SEBUAH KENYATAAN....